KUALA LUMPUR 5 Okt. – Sebanyak 10,715 graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan yang telah dan bakal menamatkan pengajian tahun ini, boleh menarik nafas legas apabila kerajaan memutuskan akan memberi mereka penempatan pada tahun depan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan berkenaan diambil setelah mengambil kira secara terperinci keperluan guru dalam jangka masa panjang seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, pelantikan itu tertakluk pada mereka yang memenuhi syarat skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS), telah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan berjaya dalam temu duga dikendalikan suruhanjaya itu.

“Sehubungan itu, graduan pendidikan keluaran IPG dan IPTA yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang menamatkan pengajian pada 2012 akan dilantik ke jawatan PPPS.

“Mengikut rekod Kementerian Pelajaran, seramai 10,715 penuntut program pendidikan telah dan akan menamatkan pengajian mereka pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, sebanyak 2,960 graduan telah dikenal pasti menamatkan pengajian mereka sebelum 1 Julai 2012 dan telah dijadualkan untuk ditemu duga oleh SPP.

Pecahan mereka seperti berikut:

* Seramai 2,478 orang daripada program Jawi, al- Quran, Arab dan Fardu Ain (j-Qaf);

* Sejumlah 368 orang daripada program Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL);

* Sebanyak 90 orang daripada program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) IPG dan IPTA, termasuk mereka daripada Program Pelajar Cemerlang (PPC);

* Seramai 14 orang daripada program Bahasa Perancis

* Sejumlah 10 orang calon mengulang temu duga berdasarkan keperluan opsyen.

Muhyiddin menjelaskan, sementara SPP menyelesaikan urusan temu duga, kementerian akan membuat penempatan secara interim bagi kumpulan berkenaan mulai 16 Oktober ini manakala pelantikan tetap adalah tertakluk pada keputusan temu duga oleh suruhanjaya itu.

Bagi kumpulan yang akan menamatkan pengajian mereka selepas Jun 2012 iaitu seramai 7,755 orang, ujarnya, mereka perlu mengemukakan permohonan untuk pelantikan ke jawatan PPPS Gred DG41 kepada SPP supaya penjadualan temu duga dapat disegerakan.

“Penempatan mereka yang lulus temu duga SPP akan dibuat pada 2013.

“Kepada mereka yang berjaya dan akan dilantik sebagai pendidik kelak, berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dedikasi,” kata beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121006/dn_02/10715-graduan-guru-diberi-penempatan#ixzz14yeImqeq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Posted: September 29, 2012 in BERITA SEMASA

Bajet 2013

Posted: September 28, 2012 in BERITA SEMASA

Budget 2013

Posted: September 28, 2012 in BULETIN PENDIDIKAN

Kualiti guru diperkasa

Kuala Lumpur: Penambahbaikan dan memperkasakan guru serta kepemimpinan sekolah adalah tumpuan utama yang akan disegerakan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata memandangkan 60 peratus guru yang ada sekarang dijangka kekal dalam perkhidmatan selama 20 tahun, maka usaha meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka adalah amat penting.

Latihan berterusan

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata ia termasuk menyediakan peluang mereka menjalani latihan kemahiran berterusan serta laluan kerjaya yang kompetitif.

Kita mahu melihat bagaimana dalam tempoh yang tidak terlalu lama, kualiti pengajaran guru akan berbeza, katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang disiarkan malam tadi. Program itu dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib.

Kriteria dipertingkat

Muhyiddin berkata, mulai tahun ini, kriteria bagi mereka yang ingin menceburi profesion perguruan juga dipertingkatkan yang mana hanya 30 peratus graduan terbaik akan dipilih menyertai kursus perguruan.
Kementerian juga sedang memikirkan untuk menyediakan pelan pemisah untuk guru yang tidak sesuai mengajar.

Kita belum putuskan lagi. Kalau mereka tak sesuai mengajar, di mana nak letak mereka. Itu kita tetapkan kemudian, katanya.

Struktur PPD disusun

Beliau berkata, struktur Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga akan disusun semula selaras dengan anjakan digariskan dalam PPPM, yang mana lebih ramai pakar akan dikerah ke akar umbi untuk memperkasakan sekolah dan kualiti pendidikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan laporan awal PPPM pada 11 September lalu. Pelan tiga fasa itu akan berlangsung selama 13 tahun bermula dari 2012 hingga 2025.

Kaji pelbagai laporan

Muhyiddin, yang mempengerusikan pasukan kajian semula sistem pendidikan negara, berkata pihaknya turut mengkaji pelbagai laporan badan dunia terhadap sistem pendidikan di Malaysia termasuk Bank Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) serta kajian cendekiawan tempatan.

Lebih 12,000 orang menghadiri siri jelajah ke seluruh negara untuk menerima maklum balas pihak berkepentingan dengan 7,000 cadangan dan 156 memorandum diterima.

Daripada itu, hampir 90 peratus daripada apa yang dikemukakan diambil kira dalam menghasilkan laporan itu. Jadi, jika ada pihak yang cakap ia (cadangan/usul mereka) tidak diambil kira, ia tidak betul, katanya.

Muhyiddin juga menjelaskan ia dipanggil laporan awal kerana kerajaan akan mengadakan satu siri hari terbuka bermula 6 Oktober ini di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai meneliti dengan lebih dekat perancangan yang dibuat dan memberi pandangan untuk mencapai kedudukan sistem pendidikan negara yang lebih berkualiti.

Katanya, laporan akhir PPPM dijangka siap menjelang Disember ini dan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk kelulusan sebelum mula dilaksanakan pada tahun depan.
BERNAMA

KONVOKESYEN USM 2012

Posted: September 27, 2012 in BULETIN PENDIDIKAN

This slideshow requires JavaScript.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Asma, Cikgu salina Ismizan dan CIkgu Hashim kerana telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda  Universiti sains Malaysia

Hentikan Buli

Posted: September 27, 2012 in HEM, KURIKULUM

Perkhemahan Unit Uniform 2012

Posted: September 26, 2012 in KO-KURIKULUM

This slideshow requires JavaScript.

Minggu Bahasa Peringkat PPD Tumpat 2012

Posted: September 26, 2012 in KURIKULUM

Dua pelajar SKWB telah berjaya mendapat tempat  Johan bercerita  dan naib johan  dalam minggu bahasa peringkat PPD Tumpat 2012

10 Julai 2012 seluruh murid sekolah telah melakukan aktiviti senamrobik serentak diseluruh negara.Syabas kepada seluruh murid dan guru SKWB.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telahpun dibentangkan baru-baru ini. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ini dilancarkan untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap prestasi tinggi.

 Yang menariknya pelan pembangunan ini bukan sahaja mendapat pandangan pakar pendidikan semata-mata tetapi juga ibu bapa, pihak-pihak berkepentingan malahan pelajar sendiri dan juga mengambil kira input daripada sistem-sistem pelajaran berprestasi tinggi dari luar negara.
  Jom kita terjah 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
  • Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  • Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
  • Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
  • Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
  • Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  • Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  • Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  • Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
  • Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  • Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  •  Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di mana :-

  • Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
  •  Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem.
  •  Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.